Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

14

Soalan

Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan yang diambil ekoran satu laporan kajian oleh Universiti Cornell di amerika syarikat dan telah disiarkan dalam penerbitan enviroment science and technology bahawa rakyat malaysia makan 15 gram mikro plastik sebulan daripada sumber makanan laut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengambil maklum dan memandang serius terhadap semua artikel-artikel dan kajian-kajian yang diterbitkan termasuk dalam Environment Science and Technology. Berdasarkan artikel yang diterbitkan pada 21 Mei 2024 ini, dikatakan Malaysia telah dikategorikan sebagai negara yang rakyatnya  yang paling banyak memakan mikroplastik yang dianggarkan sebanyak 15 gram/sebulan (microplastic consumption).


  1. Berkenaan microplastic consumption, kajian tersebut mengaitkan dengan tabiat pemakanan ikan dan makanan laut (seafood). Dalam hal ini, berkemungkinan perkara ini terjadi akibat daripada pencemaran sisa plastik yang “terlepas” atau “tidak dapat dikutip” atau “terbuang” sama ada secara sengaja atau tidak sengaja ke dalam persekitaran (leakage of plastic waste into the environment) yang akhirnya akan mengalir ke sungai, saliran dan seterusnya ke lautan. Perkara ini juga dikaitkan dengan marine litter atau marine debris.


  1. Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil pelbagai langkah dalam menangani isu marine litter dan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan berpandukan National Marine Litter Policy and Action Plan 2021-2030, Malaysian Plastic Sustainability Roadmap 2021-2030 (MPSR), Malaysia Roadmap Towards Zero Single Use Plastics 2018-2030


  1. Secara keseluruhan, pelaksanaan dasar-dasar berkaitan menangani marine litter dan galakan untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna masih perlu diperkasakan. Oleh itu, Kementerian kini sedang melihat keperluan untuk mewujudkan satu perundangan khusus berkaitan plastik di Malaysia. Langkah ini diharapkan dapat mempercepatkan peralihan pengurusan plastik daripada ekonomi linear kepada ekonomi kitaran. Kementerian percaya ini akan dapat mengurangkan pencemaran sisa plastik.


  1. Akhir sekali, Kementerian komited dan yakin bahawa kempen dan sesi libat urus berterusan yang melibatkan semua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan pelestarian plastik ini. Oleh yang demikian, Kementerian akan terus dan kekal bekerjasama dengan semua pihak terutamanya pihak industri dan pertubuhan bukan kerajaan (non government organisation - NGO) dalam meningkat kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, Kerajaan akan berusaha untuk terus menambahbaik pengurusan plastik secara lestari.


Sekian, terima kasih.



Attachments