Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

19

Soalan

Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini usaha Kerajaan dan pihak swasta Malaysia dalam perolehan teknologi penapisan dan pengasingan nadir bumi jenis ion adsorption clay.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Seperti mana diketahui, teknologi untuk pengasingan unsur nadir bumi (REE) pada masa ini didominasi oleh negara China yang menguasai sekitar 87% REE terproses dunia. Ini menjadikan negara berkenaan sebagai pusat pemprosesan REE utama dunia yang mendorong kebanyakan hasil perlombongan REE dari pelbagai negara dieksport ke sana untuk diproses dan diasingkan kepada unsur tersendiri yang lebih bernilai tinggi.


  1. China amat menyedari dominasi mereka dalam rantaian bekalan industri ini dan terus mengambil langkah untuk mengukuhkan penguasaan mengambil kira faktor strategik dan permintaan yang semakin meningkat terhadap mineral REE. Antara langkah yang diambil adalah mengenakan larangan untuk pengeksportan teknologi berkaitan REE. Ini merupakan halangan utama yang dihadapi pada ketika ini untuk membawa masuk pelaburan dari China bagi membangunkan loji pemprosesan di dalam negara.


  1. Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam juga turut meneroka alternatif lain untuk merealisasikan matlamat supaya sumber mentah REE tempatan jenis ion adsorption clay (IAC) diproses dan diasingkan kepada unsur individu yang lebih bernilai tinggi dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan industri hiliran. Ini termasuklah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak Lynas Malaysia Sdn. Bhd. yang pada ketika ni memiliki loji pemprosesan di Gebeng, Kuantan yang merupakan loji pemprosesan REE terbesar di dunia di luar China. Loji tersebut pada ketika ini mengeluarkan sekitar 11% REE terproses dunia. Namun, sumber REE dari Mount Weld, Australia yang diproses ketika ini adalah dari jenis mineral, yang berbeza dengan REE jenis IAC.



Sekian, terima kasih.



Attachments