Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

15 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Tanah, Ukur dan Pemetaan

Nombor Soalan

55

Soalan

Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk menambah baik prosedur tuntutan harta pusaka kecil :

(a) usaha Kementerian dalam menyelesaikan kes-kes tuntutan pembahagian harta pusaka yang masih tertunggak; dan

(b) statistik kes tertunggak mengikut tahun didaftarkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Jawapan (a)

Sebagai langkah menambahbaik prosedur tuntutan harta pusaka kecil, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah membangunkan Sistem MyLAND bagi menggantikan Sistem MyeTAPP sebagai tunjang utama urusan pembahagian harta pusaka kecil di Malaysia. Modul Pembahagian Pusaka di dalam Sistem MyLAND akan mula digunapakai pada 15 Julai 2024 (hari ini) selaras dengan pewartaan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)(Pindaan) 2022 [Akta A1643] pada tarikh yang sama.

Berhubung tunggakan kes pembahagian pusaka kecil yang diuruskan oleh JKPTG, beberapa langkah proaktif telah diambil merangkumi:

(a)         penugasan semula (redeployment) 84 orang pegawai Unit Petugas Khas (UPK), JKPTG terdiri daripada pelbagai gred bagi menjalankan tugas pembahagian pusaka di Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di seluruh Semenanjung Malaysia; dan

(b)     pelantikan 100 orang pegawai Contract of Service (COS) terdiri daripada 50 orang Pegawai Tadbir Gred N41 dan 50 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N19 bagi tempoh tiga (3) tahun mulai Januari 2023.

Sebagai langkah jangka panjang, pihak Kementerian ini juga sedang memperhalusi dan memperkemas permohonan pengukuhan perjawatan JKPTG termasuk bagi pembahagian pusaka sebelum ia dikemukakan untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

Tuan Yang di-Pertua,

 Jawapan (b)

Sebagai rekod, statistik tunggakan kes pembahagian pusaka mengikut tahun diperincikan seperti jadual berikut:

Perkara

Tahun 2022

Tahun 2023

Tunggakan kes tahun terdahulu (pada 1 Januari)

72,348

87,846

Permohonan baharu didaftarkan

78,791

75,802

Jumlah Terkumpul

151,139

163,648

(-) Kes berjaya diselesaikan

(pada 31 Disember)

63,293

93,792

Baki kes bawa ke hadapan

87,846

69,856

Pihak Kementerian menerusi JKPTG komited dalam memastikan jumlah tunggakan ini akan terus berkurangan dengan mengkaji alternatif-alternatif lain yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan.


Sekian, terima kasih.



Attachments