Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 15 July 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Mineral, Geosains | Nombor Soalan | 103 | Soalan | Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana Kerajaan ingin menyelesaikan masalah perlombongan nadir bumi dengan polisi Kerajaan tidak membenarkan nadir bumi yang belum diproses dieksport ke luar negara tetapi di negara kita masih tidak ada kilang yang boleh atau diberi lesen untuk memproses nadir bumi yang diperoleh daripada negara kita.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian telah melaksanakan moratorium pengeksportan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara mentah mulai 1 Januari 2024 susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 27 Oktober 2023. Dasar ini dikuatkuasakan bertujuan mengelak eksploitasi dan kehilangan sumber dan seterusnya menjamin pulangan yang maksimum kepada negara.
Dengan mengambil kira industri NR-REE sebagai industri baharu negara, Kementerian telah mengambil inisiatif untuk membangunkan dokumen Kajian Model Perniagaan (Business Model) Pembangunan Industri NR-REE dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM). Dokumen ini dibangunkan bertujuan menjadi asas rujukan kepada semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan penggiat industri.
Sehubungan itu, Kementerian sedang membangunkan enam (6) pilihan model perniagaan berdasarkan dapatan kajian business model pembangunan industri NR-REE. Seterusnya, Kementerian dijadualkan untuk membentangkan kertas dasar Hala Tuju Pembangunan Industri NR-REE dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan diadakan pada Ogos 2024. Melalui mesyuarat ini, Kementerian akan memperhalusi hala tuju pembangunan industri NR-REE termasuk langkah yang akan diambil untuk mengurus sumber NR-REE yang tidak dibenarkan eksport.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|