Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

18 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

12

Soalan

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :

(a) berapa kes pencemaran sungai sejak tahun 2020 sehingga 2024; dan

(b) berapa kes yang telah didakwa.



Jawapan

Soalan (a)


Tuan Yang di-Pertua,


  1. Sebanyak 896 kes aduan pencemaran sungai telah diambil tindakan siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak tahun 2020 hingga 2024.


Soalan (b)


  1. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 772 kes pencemaran air telah didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda terkumpul sebanyak RM13,303,500.00.


Sekian, terima kasih.



Attachments