Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

18 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

101

Soalan

Datuk Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina Pusat Pelupusan Sisa Terjadual (Schedule Waste) di Utara Semenanjung untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat kerana kini hanya ada Pusat Pelupusan Sisa Terjadual hanya terdapat di Johor dan Negeri Sembilan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Berdasarkan statistik daripada Laporan Kualiti Alam Sekeliling (EQR) 2022, Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 5,915,073.84 tan metrik buangan terjadual telah dihasilkan. Ini mewakili penurunan keseluruhan sebanyak 21.19% berbanding 7,505,195.76 tan metrik yang dilaporkan pada 2021. Daripada 5,915,073.84 tan metrik buangan terjadual telah dihasilkan, sebanyak 271,648.18 tan metrik (4.6%), dirawat dan dilupuskan di Premis Yang Ditetapkan iaitu di Kualiti Alam Sdn. Bhd. (189,088.00 tan metrik) dan Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. (33,428.56 tan metrik). Manakala 49,131.62 tan metrik daripada buangan klinikal telah dibakar dan dilupuskan di kemudahan luar tapak yang dilesenkan.


  1. Ini menunjukkan bukan semua buangan terjadual yang dihasilkan akan dilupuskan. Kementerian melalui JAS sedang dalam usaha untuk menggalakkan pengurangan penjanaan buangan terjadual yang perlu dilupuskan, melalui proses guna semula dan peningkatan pemerolehan kembali buangan terjadual. Ini juga selaras dengan dasar Kerajaan yang menyokong peralihan kepada ekonomi kitaran.


  1. Pada ketika ini, sudah terdapat dua (2) kemudahan Integrated Scheduled Waste Management Facilities (ISWMF) di Semenanjung Malaysia iaitu di Bukit Nanas, Negeri Sembilan dan dan Bukit Tagar, Selangor. Tiga lagi (3) cadangan fasiliti Integrated Scheduled Waste Management Facilities (ISWMF) adalah dicadang di zon selatan (Johor), zon Pantai timur (Terengganu) dan termasuk zon utara (Perak) yang kini masih dalam proses perancangan.

  2. Pembangunan (ISWMF) secara zon/ regional adalah bagi membolehkan kemudahan tersebut mempunyai rantaian bekalan sisa yang mencukupi bagi ia beroperasi secara optimum selain mampu beroperasi dalam jangka masa lebih panjang. Dengan pertambahan ini, dijangka keperluan di masa hadapan akan dapat dipenuhi. 


Sekian, terima kasih.



Attachments