Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 23 July 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Perhutanan, Biodiversiti | Nombor Soalan | 95 | Soalan | Senator Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan statistik keluasan hutan mengikut negeri di Malaysia serta langkah-langkah Kementerian bagi memastikan kelestarian hutan di Malaysia.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga kini, Malaysia mempunyai kawasan berhutan seluas 18.045 juta hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara. Perincian kawasan berhutan mengikut negeri adalah seperti berikut:
Bil. | Negeri | Kawasan Berhutan1 |
---|
Luas (hektar) | Peratus (%) |
---|
1. | Johor | 442,884 | 23.11 | 2. | Kedah | 344,945 | 36.27 | 3. | Kelantan | 767,203 | 51.04 | 4. | Melaka | 5,448 | 3.10 | 5. | Negeri Sembilan | 157,907 | 23.53 | 6. | Pahang | 2,015,936 | 55.79 | 7. | Perak | 1,010,570 | 47.79 | 8. | Perlis | 11,546 | 14.15 | 9. | Pulau Pinang | 7,752 | 7.52 | 10. | Selangor | 251,721 | 31.70 | 11. | Terengganu | 676,823 | 52.23 | 12. | WP Kuala Lumpur | 2,049 | 8.44 | 13. | WP Putrajaya | - | - | 14. | WP Labuan | - | - | Jumlah Semenanjung | 5,694,784 | 42.95 | 15. | Sabah | 4,679,594 | 63.56 | 16. | Sarawak | 7,671,222 | 61.64 | JUMLAH KESELURUHAN | 18,045,600 | 54.58 |
Nota: Sumber: Termasuk Kawasan Hutan Simpanan Kekal/Hutan Simpan, Hutan Tanah Kerajaan, Taman Negara, Taman Negeri, Sanktuari Hidupan Liar, Kawasan Perlindungan dan lain-lain kawasan berhutan. Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited dalam memelihara khazanah negara dan beberapa langkah yang diambil oleh NRES bagi memastikan kelestarian hutan secara holistik adalah:
melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dengan menyediakan peruntukan mengadakan siasatan awam sebelum sesuatu kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) diwarta keluar dan keperluan penggantian serentak HSK yang diwarta keluar; mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan melalui aktiviti penanaman pokok-pokok spesies hutan di kawasan hutan terosot; mempergiat usaha mewartakan kawasan-kawasan berhutan sebagai HSK, Hutan Tadahan Air dan Kawasan Perlindungan serta pewartaan kawasan Cadangan HSK khususnya yang terletak dalam kawasan Central Forest Spine (CFS) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS); tidak meluluskan Operating Mining License (OMS) bagi aktiviti perlombongan dalam HSK, kawasan hutan perlindungan dan KSAS; menyediakan peruntukan sebanyak RM550 juta sejak tahun 2019 kepada negeri-negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan yang baharu. Insentif ini diagihkan melalui instrumen Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT); memperkenalkan Kerangka Kewangan REDD Plus (REDD Plus Finance Framework – RFF) bagi meningkatkan kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan negeri dalam menyalurkan dana kepada aktiviti pemeliharaan dan pengurusan hutan; dan memperkasakan amalan pengurusan hutan secara berkekalan dengan membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini yang bersesuaian dengan perhutanan.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|