Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 24 July 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Perhutanan, Biodiversiti | Nombor Soalan | 32 | Soalan | Senator Dato' Ajis bin Sitin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk memperkenalkan Program Malim Gunung yang dipelopori oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada masyarakat Orang Asli di negara ini memandangkan geografi tempat tinggal serta pengetahuan mereka berkaitan hutan mungkin boleh menarik minat mereka untuk menyertai program ini.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2020, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memperkenalkan Program Malim Gunung Perhutanan (MGP) sebagai penunjuk arah bagi aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK). Program ini bertujuan bagi membolehkan aktiviti pendakian berlangsung dengan selamat dan dalam masa yang sama mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Sehingga Julai 2024, JPSM telah melatih dan mendaftarkan seramai 1,882 orang MGP di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 44 orang masyarakat Orang Asli di Negeri Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor telah didaftarkan sebagai MGP. Dalam hubungan ini, pihak kementerian amat menggalakkan penyertaan masyarakat Orang Asli dan bersedia memberi laluan khas khususnya kepada belia Orang Asli yang berminat untuk menyertai Kursus Asas MGP tertakluk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|