Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

25 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial

Nombor Soalan

39

Soalan

Senator Datuk Haji Aziz bin Ariffin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah terkini Tanah Rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara serta apakah punca berlakunya pengurangan Tanah Rizab Melayu ini seperti mana yang dilaporkan oleh media.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

1. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri, keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia (kecuali  Pulau Pinang dan Melaka) sehingga 30 Jun 2023 adalah sebanyak 4,977,083.37 hektar. Dalam hubungan ini, keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,554,363.37 hektar atau 105.43% pada tahun 2023 berbanding keluasan terawal yang direkodkan iaitu 2,422,720 hektar pada tahun 1947. Keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri seperti berikut:

 

BIL.

NEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)

KELUASAN TRM (HEKTAR)

1.     

Kelantan

1,361,114.00

2.     

Perak

955,587.80

3.     

Kedah

829,782.06

4.     

Johor

561,787.83

5.     

Pahang

444,074.90

6.     

Terengganu

 

(i)  Tanah Rizab Melayu  

1,822.42

(ii) Tanah Pegangan Melayu

400,585.31

7.     

Negeri Sembilan

226,410.02

8.     

Selangor

161,375.45

9.     

Perlis

33,540.02

10.          

Kuala Lumpur

1,003.56

 

JUMLAH KELUASAN

4,977,083.37

 

2. Oleh yang demikian, naratif bahawa Tanah Rizab Melayu telah berkurang seperti yang dilaporkan oleh media tidak benar.

 

Sekian, terima kasih.



Attachments