Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Kedua | Tarikh Persidangan | 25 July 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 74 | Soalan | Senator Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan drastik Kerajaan untuk mengawal pencemaran sungai yang semakin berleluasa agar dapat mengekalkan ekosistem semula jadi.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Antara usaha dan strategi telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai daripada tercemar adalah seperti berikut: Mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan peraturan-peraturan di bawahnya seperti kawalan pencemaran air dan kawalan kepada projek-projek pembangunan yang tertakluk kepada kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA); Mengenal pasti lokasi aduan yang sering dikaitkan dengan pencemaran air supaya penguatkuasaan adalah lebih berfokus; Operasi Penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP), Jabatan Mineral dan Geosains, Badan Kawal Selia Air Negeri (BKSA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Agensi-agensi lain yang berkaitan; dan Memperkasakan perundangan alam sekitar sedia ada melalui pindaan AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974, dengan peningkatan jumlah denda maksima sehingga 10 juta dan hukuman penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun kepada penjenayah alam sekitar.
Walaubagaimanapun, isu pencemaran sungai di negara ini juga perlu ditangani secara bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga melibatkan sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti komersial yang tidak mempunyai sistem rawatan efluen atau kumbahan yang sempurna. Di samping itu, aktiviti lain seperti air limbahan daripada pasar basah, restoran atau kedai makan, dobi serta pusat cucian kereta yang dilepaskan tanpa rawatan juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai.
Menyedari kepentingan ini, Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK-KAS) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri II dan dianggotai oleh pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). JK-KAS bertujuan untuk memantau isu pencemaran sungai dan berperanan penting dalam memastikan langkah-langkah menangani pencemaran sungai yang merentasi bidang kuasa pelbagai Jabatan/ Kementerian dan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|