Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

29 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

79

Soalan

Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :-


(a) bagaimanakah Kerajaan mengukur keberkesanan insentif fiskal seperti pengecualian cukai dan geran R&D dalam menggalakkan pelaburan dalam teknologi hijau; dan


(b) bagaimanakah Kerajaan memastikan bahawa syarikat yang menerima insentif ini benar-benar melaksanakan projek teknologi hijau yang berkesan dan mampan.



Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Senator, Kerajaan memperkenalkan galakan cukai teknologi hijau seperti Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Green Investment Tax Allowance - GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (Green Income Tax Exemption - GITE) bagi syarikat-syarikat yang melaksanakan projek-projek teknologi hijau atau menggunakan produk dan perkhidmatan hijau. Kedua-dua skim tersebut dilaksanakan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC). 


  1. Sejak dilancarkan pada tahun 2016 sehingga kini, sebanyak 1,997 projek, aset atau perkhidmatan hijau dengan pelaburan berjumlah RM7.90 bilion telah menerima insentif galakan cukai teknologi hijau.


  1. Projek-projek ini juga dinilai menerusi indikator output penggunaan tenaga dan jumlah penjimatan kos tenaga, jumlah pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) serta jumlah pekerjaan hijau yang diwujudkan susulan daripada pelaksanaan projek-projek tersebut. Sehingga kini, pengurangan pelepasan GHG sebanyak 12.95 juta tan karbon dioksida setara telah dicatatkan dan 5,450 pekerjaan hijau berjaya diwujudkan.


  1. Bagi memastikan syarikat-syarikat yang menerima insentif-insentif ini benar-benar melaksanakan projek teknologi hijau, projek berkaitan perlu diiktiraf menggunakan produk dan perkhidmatan hijau yang berdaftar di bawah MyHIJAU Mark sebelum mereka layak menuntut insentif-insentif cukai tersebut.


Sekian, terima kasih. 



Attachments