Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

30 July 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

5

Soalan

Senator Puan Noorita binti Sual minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah polisi terkini bagi pelupusan dan kitar semula lambakan sisa panel solar dan langkah-langkah terkini oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian maklum dengan peningkatan janaan sisa panel solar. Sisa panel solar adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).


  1. Pada ketika ini, pihak JAS telah melesenkan 17 buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya (Full Recovery Facility) bagi kod SW 110. Pada masa ini, terdapat sebuah fasiliti yang berupaya membuat pemerolehan kembali sisa panel solar ini untuk menghasilkan logam yang bernilai tinggi serta beberapa produk akhir lain.  Antara logam yang boleh diperolehi adalah seperti Kadmium, Tallinium dan Sallinium.


  1. Selain itu, polisi Kementerian juga menggalakkan dan mempromosi konsep Ekonomi Kitaran bagi menggalakkan pengurangan penjanaan buangan terjadual yang perlu dilupuskan, melalui proses guna semula dan peningkatan pemerolehan kembali buangan terjadual. Ini juga selaras dengan dasar Kerajaan yang menyokong peralihan kepada ekonomi kitaran.


Sekian, terima kasih. 



Attachments