Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

18 March 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

8

Soalan

Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini pelaksanaan perdagangan karbon di Malaysia seperti yang telah dipelopori oleh Sarawak dan Sabah. Apakah hala tuju dasar karbon kebangsaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian menyambut baik usaha dan inisiatif beberapa kerajaan negeri dan syarikat yang meneroka potensi pembangunan dan penglibatan di dalam pasaran karbon sukarela di Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara (MTPIN) Bil.1 Tahun 2023 pada 31 Oktober 2023 telah mempertimbangkan cadangan Dasar Pelaksanaan Mekanisme Pasaran Karbon Di Malaysia dan telah memutuskan seperti berikut:


  1. supaya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam selaku national focal point melaksanakan peranan dan fungsi sebagai pihak berkuasa kebangsaan (national authority) yang diiktiraf UNFCCC bagi melaksanakan mekanisme pasaran karbon di Malaysia; 


  1. supaya pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia berpandukan kepada ketetapan dasar, prinsip asas, keperluan maklumat, dan aturan kebangsaan yang dibangunkan; dan


  1. supaya cadangan dasar pasaran karbon negara dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.


  1. Bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon di Malaysia ini dibuat berpandukan kepada ketetapan dasar yang jelas, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam juga sedang melaksanakan kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) secara berperingkat. 


  1. Dasar ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan mekanisme pasaran karbon pematuhan dan sukarela di Malaysia bagi memudah cara pelaksanaan projek karbon oleh pelabur. Selain itu, DPKK juga dirangka untuk memudahkan pemegang taruh berkaitan seperti kerajaan negeri dan pihak swasta agar industri perdagangan karbon tempatan dapat berkembang.


  1. Kementerian juga akan meneruskan perbincangan berkaitan mekanisme pasaran karbon bersama kerajaan negeri memandangkan hal berkaitan tanah dan perhutanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kajian DPKK ini dijangka siap pada tahun 2025.


Sekian, terima kasih. 



Attachments