Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

18 March 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

25

Soalan

Dato' Seri Amirudin bin Shari [ Gombak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan dari tahun 2022 ke arah menjadikan ekonomi negara neutral karbon.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi mencapai aspirasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawal-awalnya pada tahun 2050. Inisiatif ini turut melibatkan kementerian dan agensi lain seperti yang telah digariskan dalam Bab 8, Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12). 


2. Antara tindakan-tindakan mitigasi yang telah diambil adalah melalui penggunaan tenaga boleh baharu, meningkatkan penggunaan tenaga secara cekap melalui program National Energy Efficiency Action Plan, meningkatkan penggunaan pengangkutan awam berasaskan rel/kereta api, menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga, meningkatkan penggunaan biodiesel berasaskan sawit dalam diesel petroleum campuran, mempelbagaikan penggunaan bahan api yang kurang pembebasan karbon seperti gas asli dalam kenderaan serta pelaksanaan program-program di bawah sub-sektor gas dan minyak.

 

3. Selain itu, Kerajaan juga telah membangunkan dua (2) dasar utama iaitu New Industrial Master Plan (NIMP) dan National Energy Transition Roadmap (NETR) pada tahun 2023 yang akan menyokong usaha negara bagi mencapai aspirasi pelepasan GHG sifar bersih.


4. Kementerian juga sedang membangunkan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies - LT-LEDS) bagi mengenal pasti strategi pengurangan pelepasan GHG ke arah mencapai aspirasi ini.


Sekian, terima kasih.




Attachments