Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

18 March 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

40

Soalan

Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah bagi pemberian pampasan berjumlah RM100 juta kepada Kerajaan Negeri Kedah atas usaha memelihara kelestarian Hutan Simpan Ulu Muda.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Pada masa ini, tiada dasar khusus berhubung pampasan kepada Kerajaan Negeri bagi mengekalkan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Pemberian pampasan yang bersifat ganti rugi perlu mengambil kira banyak aspek termasuk keupayaan fiskal negara. 


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli, dan Kelestarian Alam menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan tadahan air dan kawasan perlindungan sedia ada serta menambah kawasan perlindungan dan HSK yang baharu. Bagi tempoh 2019 hingga 2023, Kerajaan Negeri Kedah telah menerima peruntukan EFT berjumlah RM24,846,634. Penyaluran EFT tahun 2024 akan dilaksanakan pada bulan Mac setelah laporan pelaksanaan EFT tahun 2023 diterima sepenuhnya.


  1. Di bawah Garis Panduan Pelaksanaan EFT, terdapat enam skop perbelanjaan meliputi aktiviti/projek yang boleh dilaksanakan bagi tujuan berikut:

  1. pemeliharaan kawasan perlindungan (protected areas) sedia ada dan usaha ke arah menambah kawasan perlindungan baharu;

  2. pemuliharaan, restorasi dan pengayaan bagi pengekalan kawasan perlindungan;

  3. penyediaan dan pengurusan kemudahan di kawasan perlindungan;

  1. pelaksanaan operasi risikan dan penguatkuasaan bagi pengawalan sumber ekosistem, flora dan fauna;

  2. pelaksanaan program penglibatan komuniti dan pembangunan kapasiti; dan

  3. pelaksanaan program bagi menggalakkan amalan pengurusan hutan secara berkekalan.


  1. Sehubungan itu, Kerajaan-kerajaan Negeri dimohon untuk memanfaatkan insentif kewangan EFT tersebut secara optimum bagi meningkatkan pengurusan kawasan hutan dan aktiviti konservasi lain seperti mana yang terkandung dalam garis panduan tersebut.


Sekian, terima kasih.



Attachments