Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial

Nombor Soalan

6

Soalan

Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapa jumlah tanah rizab Kerajaan yang telah diduduki secara haram oleh rakyat Malaysia dan apakah tindakan atau pampasan oleh Kerajaan bagi rakyat yang sekian lama menduduki tanah rizab sekiranya Kerajaan ingin mengambil alih tanah tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Berdasarkan perundangan semasa, “tanah rizab” ditakrifkan sebagai tanah yang pada masa itu dirizabkan menerusi pewartaan untuk tujuan awam selaras dengan peruntukan Seksyen 62, Kanun Tanah Negara [Akta 828] atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu. Selaras dengan Perkara 74 dan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, Kementerian ini hanya dapat memperincikan pendudukan secara haram di atas tanah rizab bagi maksud Persekutuan sahaja. Ini disebabkan kerana maklumat tanah rizab bagi maksud Negeri adalah di bawah Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.


  1. Berdasarkan rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) setakat 16 Februari 2024, terdapat 35 lot tanah rizab telah diduduki secara haram di mana tindakan penguatkuasaan sedang dilaksanakan ke atas penceroboh terlibat. Daripada 35 lot tersebut, sebanyak tiga (3) lot didapati telah diduduki bagi tujuan rumah kediaman. Pihak JKPTG telah bekerjasama dengan Kementerian Jabatan/ Pengguna (KJP), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Negeri bagi menjalankan siasatan serta mengemukakan notis penguatkuasaan ke atas pencerobohan yang berlaku.


  1. Sebagai makluman, pendudukan tanah rizab Persekutuan secara tidak sah merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 425(1)(a), Akta 828 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali. Berdasarkan ketetapan ini, maka tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pihak yang menceroboh.

 

Sekian, terima kasih.



Attachments