Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Pertama | Tarikh Persidangan | 27 March 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Perhutanan, Biodiversiti | Nombor Soalan | 36 | Soalan | Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dari tahun 2018 hingga 2023, berapa cubic meter padu pembalakan telah berlaku di negeri-negeri Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak. Berapakah hasil cukai yang dikutip oleh negeri masing-masing.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pengeluaran kayu balak daripada Semenanjung Malaysia, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak bagi tempoh 2018 hingga 2022 adalah sebanyak 44,052,321.86 meter padu, manakala hasil hutan yang diperolehi meliputi royalti, premium, ses dan lain-lain dalam tempoh tersebut adalah berjumlah RM5,013,304,267.54.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|