Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 March 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

83

Soalan

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah cabaran yang dihadapi dalam pengurusan sisa elektronik beserta fokus Kementerian terhadap peluang ekonomi yang mampu dijana dalam industri ini dengan melihat nilai global sisa elektronik berupaya mencecah sekitar 60 bilion USD.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Yang Berhormat,​

1.  Sisa elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Di Malaysia kini terdapat tiga belas (13) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya ( Full Recovery Facility)  bagi kod SW 110 . Sehingga kini, teknologi pemerolehan kembali yang wujud di Malaysia bagi sisa elektronik (SW 110) boleh menghasilkan logam yang bernilai tinggi serta beberapa produk akhir lain.  Antaranya ialah

i)             Precious Metal seperi emas dan perak

ii)            Ferrous Metal seperti besi

iii)          Non-Ferrous Metal seperti alumunium dan kuprum

iv)          Plastik

v)           Ceramic

2.  Aktiviti pemerolehan kembali bagi sisa elektronik adalah satu inisiatif yang baik seiring dengan konsep ‘Ekonomi Kitaran’ bagi mengurangkan sisa dibuang ke alam sekitar dan seterusnya dapat mengurangkan impak pencemaran. Selain itu ia juga boleh menjana pendapatan kepada industri dan juga kepada negara khususnya.

3.  Namun begitu, terdapat beberapa cabaran  yang dikenalpasti dalam pengurusan sisa elektrik dan elektronik di Malaysia iaitu:

  1.  Pemilik premis sisa elektrik dan elektronik yang beroperasi tanpa lesen dan kelulusan dari agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Antara aduan yang sering diterima adalah berkaitan dengan pencemaran udara, pelupusan haram buangan sisa e-waste yang terhasil daripada aktiviti pemerolehan kembali e-waste tersebut;

  2. Pemilik premis e-waste tidak menggunakan teknologi terkini dalam menjalankan pemerolehan kembali sisa e-waste dan juga tidak menyediakan sistem kawalan pencemaran alam sekitar yang berfungsi dengan berkesan; dan

  3. Aktiviti pengimportan e-waste tanpa kelulusan seperti yang ditetapkan menerusi Konvensyen Basel juga berlaku di pelabuhan utama negara.  Agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan membuat penahanan dan pemeriksaan kontena berkaitan sebelum dihantar semula ke negara asal.

4. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling  (AKAS)  1974, Kementerian menggalakkan mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan aktiviti pemerolehan kembali luar tapak dengan syarat pihak berkaitan perlu mematuhi syarat seperti berikut:

  1. Mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974;

  2. Mendapat Kebenaran Bertulis di bawah Seksyen 19, AKAS 1974; dan

  3. Mempunyai lesen di bawah Seksyen 18, AKAS 1974.



Sekian, terima kasih.



Attachments