Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

35

Soalan

Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dasar penyelarasan dengan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha perlombongan sumber unsur nadir bumi (REE) sebagai sumber ekonomi baharu negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dasar-dasar yang dibangunkan Kementerian dalam pengurusan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) adalah dasar umum yang perlu dipatuhi oleh semua pihak khususnya Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, dasar yang dibangunkan telah diselaraskan bukan sahaja dengan Negeri Perak tetapi merangkumi semua kerajaan Negeri.


  1. Pada masa ini, Kementerian sedang melaksanakan dasar moratorium bagi aktiviti pengeksportan bahan mentah NR-REE bermula dari 1 Januari 2024 dan akan dinilai setiap enam (6) bulan. Pelaksanaan moratorium adalah inisiatif Kerajaan untuk membangunkan industri NR-REE dan menggalakkan pelaburan oleh Kerajaan Negeri dan Industri di peringkat pertengahan.


  1. Kedua, dasar sedia ada Kementerian masih tidak membenarkan aktiviti perlombongan di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan rizab perlindungan. Perkara ini berdasarkan komitmen Malaysia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok selari dengan komitmen Malaysia dalam Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jainero, Brazil pada tahun 1992.  Namun demikian,  Kementerian masih membenarkan aktiviti perlombongan di kawasan luar HSK tertakluk kepada pematuhan terhadap dasar, akta, perundangan dan prosedur yang ditetapkan di peringkat persekutuan dan negeri.


Sekian, terima kasih.



Attachments