Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 April 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Tanah, Ukur dan Pemetaan, Geospatial

Nombor Soalan

42

Soalan

Tuan Haji Hussin bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah keluasan tanah rizab Melayu semasa Merdeka dan jumlah tanah rizab Melayu terkini mengikut negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Bagi data Tanah Rizab Melayu (TRM) sebelum merdeka, ia direkodkan oleh Pihak Berkuasa Negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, data terawal keluasan TRM sebelum merdeka pada tahun 1947 yang diperolehi oleh Kementerian menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) adalah sebanyak 2,422,720 hektar.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada negeri-negeri, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) sehingga Jun 2023 adalah sebanyak 4,977,083.37 hektar. Dalam hal ini, keluasan TRM di Semenanjung Malaysia pada tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 2,554,363.37 hektar atau 105.43% berbanding sebelum merdeka. Ia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.

Sekian, terima kasih.



Attachments