Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

03 December 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

2

Soalan

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah mekanisme terkini berkaitan sumber nadir bumi (REE) bagi membolehkan hasil bumi mentah dapat dieksport dan memberikan pendapatan kepada Kerajaan negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dasar Kerajaan yang tidak membenarkan aktiviti pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi (REE) mulai 1 Januari 2024 adalah sebagai inisiatif untuk membangunkan industri REE negara khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran.


  1. Kerajaan Negeri digalakkan untuk meneroka peluang dalam membangunkan industri REE di peringkat pertengahan dan hiliran untuk memperolehi hasil yang lebih tinggi kerana nilai REE yang telah diproses adalah lebih tinggi berbanding bahan mentah.


  1. Namun demikian, bagi memastikan pembangunan industri REE negara tidak terhenti, Kementerian telah mengambil inisiatif untuk membentangkan kertas dasar hala tuju pembangunan industri REE dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 5 Ogos 2024. Berdasarkan keputusan mesyuarat MTEN, Kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh tempatan dan luar negara bagi meneroka potensi dan kapasiti untuk membangunkan industri REE di Malaysia.


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) juga telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF) pada 14 Oktober 2024. Mesyuarat tersebut bersetuju untuk mewujudkan special task force untuk membincangkan mengenai isu-isu serta menetapkan hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia.

 

Sekian, terima kasih. ​

Attachments