1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian bercadang meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 bagi membanteras jenayah eksploitasi flora dan fauna khazanah negara agar ianya terus terpelihara.
27 NOVEMBER 2018
2. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada kajian untuk mengubah dasar dan perundangan hutan Semenanjung Malaysia dan hutan simpan negara yang di mula pada awal tahun 2017 akan di teruskan, di peringkat mana sekarang, jikalau tidak, apa cadangan alternatif untuk mengatasi pembalakan berleluasa, kecurian dan pembalakan haram.