PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [PERMATANG PAUH] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:
a) rancangan Kementerian memberi status Taman Negeri kepada Ulu Muda demi memelihara sumber air 4.09 juta penduduk Zon Utara daripada impak pembalakan tidak terkawal; dan
b) inisiatif Kementerian membantu implikasi yang terpaksa dihadapi oleh Kerajaan negeri seperti bayaran ganti rugi.