PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH [KUANTAN] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan :-
(a) berkenaan aplikasi Penghijauan Malaysia, berapa jumlah pengguna yang memuat turun aplikasi ini dan berapa banyak rekod penanaman dari kawasan-kawasan luar bandar, serta berapa spesies bernilai yang telah ditanam sepanjang kempen; dan
(b) adakah satu rancangan berbentuk 'outreach' untuk memaklumkan orang awam tentang program ini.