Bahagian Mineral


​​​​​​​​​​>Objektif​​

​ Bahagian Mineral bertanggungjawab dalam mengawalselia eksplorasi mineral dan aktiviti pengusahasilan mineral agar ia dilaksanakan secara sistematik dan mampan terutama dari aspek kawalan aktiviti perlombongan dan aktiviti pengeksportan yang melibatkan sumber hasil bumi seperti bahan batuan, mineral dan pasir.

Punca kuasa bahagian adalah tertakluk kepada akta-akta dan perundangan berkaitan seperti Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974 dan Akta Pembangunan Mineral 1994. Dasar Mineral Negara 2 yang dilancarkan pada tahun 2009 dijadikan sebagai panduan untuk Bahagian Mineral melakukan penambahbaikan secara berterusan terutama dari aspek memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar, program, perundangan, peraturan dan perkhidmatan berkaitan pengurusan sumber mineral.

Di peringkat antarabangsa, bahagian Mineral memainkan peranan utama terhadap pembangunan sektor ekonomi mineral dengan penglibatan di peringkat antarabangsa seperti berikut:

  1. ASEAN Ministerial Meeting on Minerals (AMMin); 
  2. ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM) dan ASOMM+3; 
  3. ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals Working Groups Meeting (ASOMM-WG);
  4. Mid Term Review Task Force Meeting of ASEAN Mineral Cooperation Action Plan (AMCAP) III Phase 1 (MTR-TF);
  5. Peringkat Asia Pacific Economic Cooperation (APEC); dan
  6. China-ASEAN Mining Cooperation Forum (CAMCF)