Merancang program dan projek pembangunan Kementerian
- Merancang dan menyelaras penyediaan Rancangan Lima Tahun (RMLT) dengan kaedah Rolling Plan (RP);
- Merancang dan menyelaras peruntukan tahunan projek/program;
- Menguruskan permohonan pindaan skop / siling / kos projek/program; dan
- Menyelaras Projek Perolehan Darurat AP1732.2 dan AP55.
Melaksanakan pemantauan mikro ke atas projek/program pembangunan Kementerian
- Memantau prestasi projek/program pembangunan Kementerian;
- Urusetia bagi mesyuarat/lawatan pemantauan projek/program pembangunan Kementerian secara berkala;dan
- Urusetia bagi lawatan projek/program pembangunan Kementerian yang melibatkan pengurusan atasan.
Merancang, menyelaras dan pengurusan perihal isu tanah di bawah projek/program pembangunan Kementerian
- Menyelaras permohonan pemberimilikan, ulasan penyewaan, permohonan tukar guna, pelepasan dan peribazaban tanah yang melibatkan tanah-tanah projek/program;dan
Menyelaras pengurusan Projek Khas yang melibatkan projek/program pembangunan Kementerian
- Menyelaras pengurusan projek-projek khas seperti pengurusan land swap, projek Third Party Financing dan Concession Agreement.
- Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Awam Swasta (JKAS); dan
- Menyelaras Mesyuarat Pemantauan Khas ICU, JPM
Menyelaras pemantauan makro projek/program pembangunan Kementerian
- Menyelaras dan memantau Sistem Pemantauan Projek (SPPII) dan i – Pantau;
- Urusetia mesyuarat Peneraju Teras RMKe-11;
- Urusetia Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK);dan
- Menyelaras maklum balas Bahagian Pembangunan berkenaan projek/program pembangunan Kementerian;
Menyelaras dan membuat penilaian projek/program pembangunan Kementerian
- Menyelaras penilaian Outcome bagi Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO); dan
- Menyelaras penilaian Inspektorat melalui semakan dokumen serta lawatan projek bersama pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).