Bahagian Pengurusan Biodiversiti


​​​​​​​​​​>Objektif​​

  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan strategi biodiversiti negara bagi memulihara biodiversiti, menggalakkan penggunaannya secara mampan dan memastikan perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaan sumber biologi untuk menjamin kesejahteraan negara pada masa kini dan masa depan.

 

​​​​​​​​​​>Fungsi​​

  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar, strategi dan pelan tindakan biodiversiti negara;
  • Menyelaras pelaksanaan dan pematuhan obligasi negara di bawah Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (Multilateral Environment Agreements - MEAs);
  • Melaksanakan mekanisme perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaan sumber biologi; dan
  • Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan biodiversiti.

 

​​​​​​​​​​>Dasar​​

  • Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK)
  • Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
  • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
  • Akta Taman Negara 1980
  • Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017
  • Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan
  • Pelan Tindakan Gajah Kebangsaan

 

​​​​​​​​​​>Komitmen Antarabangsa

  • ​Convention on Biological Diversity (CBD)
  • Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES)
  • Nagoya Protocol on Access to Genetic Resources and the Fair and Equitable Sharing of Benefits Arising from Their Utilization (Protokol Nagoya)