- Untuk memastikan kemajuan dalam sektor perhutanan dan kawasan hutan dipelihara serta dibangunkan bagi mencapai objektif pengurusan hutan secara berkekalan dan memelihara kestabilan alam sekitar.
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan strategi berkaitan perhutanan.
- Mengimbangi usaha penjanaan ekonomi dalam pengurusan perhutanan.
- Menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa bagi menjaga kepentingan negara dalam bidang perhutanan.
- Menentukan pengurusan hutan secara berkekalan bagi memastikan bekalan sumber kayu-kayan mencukupi untuk keperluan dan kestabilan alam sekitar terpelihara.
- Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan perhutanan dan keluaran hutan supaya keluaran hutan dapat digunakan secara optimum dan dipelbagaikan kegunaannya.
- Meningkatkan prestasi pengurusan hutan berdasarkan kriteria dan petunjuk Malaysia atau MC&I selaras dengan strategi dan dasar negara.
- Mengekalkan dan menambahkan peranan sektor perhutanan selaras dengan objektif penghijauan negara dan alam sejagat sebagaimana persetujuan dalam forum-forum antarabangsa.