Bahagian Pengurusan Sumber Manusia



  • Memastikan Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya mempunyai struktur organisasi yang efektif untuk melaksanakan fungsinya dengan cekap dalam mencapai objektif yang ditetapkan.​​
  • Memastikan semua urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
  • Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui program latihan berkualiti.
  • Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten, berdisiplin serta bermotivasi.
  • Mewujudkan hubungan pihak pengurusan dan pekerja yang harmoni yang menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.


​​

​​


  1. Seksyen Pembangunan Organisasi (SPO)
    • Merancang keperluan pembangunan sumber manusia serta merangka pembangunan organisasi Kementerian selaras dengan dasar dan perancangan JPA.

  2. Seksyen Pengurusan Prestasi dan Kenaikan Pangkat (SPKP)
    • Menguruskan perkara berkaitan pengurusan prestasi bagi pegawai Kementerian dan agensi seperti Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), pemangkuan dan kenaikan pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta pengiktirafan Bintang, Pingat, Darjah Kebesaran Perseketuan dan Negeri.
  3. Seksyen Pembangunan Modal Insan (SPMI)
    • Menyediakan dan merancang Pelan Operasi Latihan (POL) serta mengendalikan program latihan dalaman dan menguruskan penyertaan latihan dan biasiswa anjuran agensi luar.
    • Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian dan jabatan.

  4. Seksyen Perkhidmatan dan HRMIS (SPKnH)
    • Menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai seperti pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, penempatan pegawai, penyelenggaraan cuti dan Buku Perkhidmatan, tanggung kerja, urusan elaun, saraan dan kemudahan perubatan, permohonan ke luar negara bagi urusan persendirian serta persaraan.
    • Menyelaras urusan aktiviti pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di peringkat Kementerian dan jabatan.​

  5. Seksyen Pengambilan dan Penyelarasan (SPP)
    • Melaksana urusan pengambilan bagi jawatan tidak tetap secara pertukaran sementara/ peminjaman/ pertukaran, lantikan kontrak (COS, CFS) dan lantikan sementara (MySTEP) berdasarkan pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.
    • Menguruskan penyelarasan bagi hal ehwal pentadbiran di peringkat BPSM.
    • Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Majlis Bersama Jabatan di peringkat Kementerian.​​