Bahagian Pentadbiran Kewangan


​​​​​​​​​​>PENTADBIRAN

​​​​​​​​​​>Objektif​​

  • Menentukan Sistem Pentadbiran yang efisyen selaras dengan Pembangunan Teknologi Maklumat terkini.

​​​​​​​​​​>Fungsi

i. Pentadbiran Am

  • Sistem Perakam Waktu
  • Pas Lawatan / Pasport

ii. Urusan Parlimen

  • Menyelaras jawapan soalan Parlimen, Ucapan menggulung dan Usul yang dibangkitkan mengenai KeTSA.
  • Menyediakan Jadual Pegawai Bertugas
  • Menyediakan Kit Pegawai Bertugas
  • Mendapatkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Hensard setiap hari semasa sesi Parlimen bersidang.
  • Urusan Pembentang sebarang Rang Undang-Undang mengenai KeTSA.

iii. Urusan Surat menyurat

  • Terimaan/Penghantaran surat mesyuarat
  • Penerimaan dan pengedaran semua pekeliling

iv. Pengurusan Fail serta dokumen-dokumen terbuka dan terperingkat

v. Urusan Keselamatan

  • Urusan Pas Keselamatan/Pas Pelawat
  • Keselamatan bangunan
  • Arahan Keselamatan
  • Latihan Kebakaran
  • Pemantauan tugas kawalan keselamatan swasta

vi. Pengurusan kenderaan Jabatan

  • Permohonan tempahan kenderaan
  • Penyelenggaraan kenderaan jabatan dan Kenderaan rasmi
  • Pengurusan kad inden dan 'Touch & Go'

vii. Penyewaan ruang pejabat, bangunan dan rumah kediaman

viii. Urusan telefon rasmi, pejabat rumah dan faksimili

  • Kutipan bayaran balik telefon persendirian
  • Permohonan telefon/ faksimili

ix. Permohonan pinjaman kenderaan, perumahan dan komputer

x. Urusan anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan / Negeri

xi. Pengurusan Cuti Bahagian Pengurusan Bangunan, Stor, Aset dan Pelupusan.

  • Pengurusan bangunan kontrak penyelenggaraan dan kebersihan, taman dan hiasan bangunan.
  • Pengurusan majlis rasmi/mesyuarat peringkat Kebangsaan dan Kementerian
  • Mengurusan stor penerimaan, penstoran, pengeluaran barang-barang. Pengiraan, pemeriksaan dan Verifikasi Stok
  • Pengurusan Inventori dan harta modal
  • Kehilangan, Pelupusan dan Hapus Kira


​​​​​​​​​​>KEWANGAN​​

​​​​​​​​​​>Objektif​​

  • Menentukan keperluan kewangan bagi menyokong aktiviti-aktiviti di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Jabatan/Agensi di bawahnya, disamping diagih dan dibelanjakan mengikut keperluan Program dan Aktiviti.
  • Menentukan proses pengurusan belanjawan, perolehan, pra-pembayaran dan rekod perakaunan diurus dengan telus, cepat, tepat dan teratur mengikut peraturan dan dasar kewangan selaras dengan piawaian nasional serta piagam pelanggan.
​ ​

​​​​​​​​​​>Fungsi

Pengurusan Bajet

  • Pengurusan Bajet Kementerian dan Bahagian
  • Menyelaras perakuan bagi kelulusan Pegawai Pengawal atau Perbendaharaan
  • Mengurus pembayaran Peruntukan Pembangunan, Waran Peruntukan, Pindah Peruntukan
  • Menyediakan dan mengemukakan penyata penyesuaian Bulan Vot akaun pusat ke JANM
  • Menyediakan laporan perbelanjaan suku tahun kepada Perbendaharaan
  • Urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun

Pengurusan Perolehan

  • Mengurus perolehan Kementerian secara terus, sebut harga, tender terhad dan tender terbuka
  • Mengurus perolehan perkhidmatan multimodal transport operator
  • Urusan pengeluaran pesanan tempatan
  • Pengurusan kontrak perolehan

Pengurusan Pembayaran

  • Urusan pembayaran gaji
  • Menguruskan pungutan hasil
  • Penyediaan baucer bayaran
  • Urusan permohonan pendahuluan diri dan tuntutan

Perpustakaan

  • Memberi perkhidmatan kepada semua pegawai dan kakitangan di bawah KeTSA di samping sebagai pusat maklumat kepada agensi kerajaan, pusat pengajian tinggi dan sektor swasta.