Bahagian Regulatori Pembangunan Industri


​​​Pejabat Setiausaha Bahagian KananSektor Khidmat PengurusanSektor TenagaSektor Sumber AsliUnit di bawah KSU​​​​​
​ ​

​​​​​​​​​​>Objektif​​

  • Memastikan tarif elektrik yang dibayar oleh pengguna adalah kompetetif dan telus melalui semakan tarif di bawah kerangka Incentive Based Regulation (IBR) dan mekanisme Imbalance Cost Pass Through (ICPT).
  • Mempromosi dan mengawal selia aktiviti perdagangan tenaga elektrik merentasi sempadan antara negara-negara ASEAN.
  • Melaksanakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi kesejahteraan rakyat.
  • Memastikan kemampanan bekalan elektrik Sabah dengan pelaksanaan projek-projek bekalan elektrik Sabah.​

​​​​​​​​​​>Fungsi​​

  • Mengkaji, meneliti dan memperakukan ulasan bagi isu-isu regulatori yang melibatkan industri bekalan elektrik.
  • Penetapan perkara-perkara berkaitan regulatori dan mengkaji keperluan perundangan dan subsidiari perundangan berkaitan industri pembekalan elektrik.
  • Menyelaras dan memantau isu-isu regulatori berkaitan tenaga di Semenanjung dan Sabah bagi memenuhi keperluan stakeholders dan situasi semasa.
  • Memantau perkara-perkara berkaitan Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE)
  • Memproses dan memperakukan permohonan lesen di bawah Seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] kepada YB Menteri
  • Menyelia dan memantau pelaksanaan Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive Based-Regulation) Semenanjung, Sabah dan Kulim High Tech Park (KHTP).
  • Mengenal pasti, mengkaji dan memperakukan insentif-insentif fiskal dan kewangan bagi ke arah kesejahteraan rakyat
  • Mengkaji, meneliti dan memperakukan cadangan penyelesaian terhadap isu mengenai industri bekalan elektrik merangkumi isu tarif, subsidi tenaga, gangguan bekalan elektrik, isu TNB, penukaran meter dan lain-lain.
  • Menguruskan pelaksanaan Program Rebat RM40
  • Menyelaras mesyuarat antarabangsa diperingkat ASEAN bagi isu-isu tenaga
  • Mengadakan rundingan pembelian tenaga dan cadangan pelaksanaan projek dengan negara-negara ASEAN