Bahagian Ukur dan Pemetaan


​​​​​​​​​​>Objektif​​

Memastikan hala tuju dan dasar sektor ukur dan pemetaan yang strategik, responsif dan inovatif selaras dengan perkembangan teknologi dan matlamat pembangunan negara.


 

​​​​​​​​​​>Fungsi​​

  • Mengkaji dan merangka penggubalan atau pindaan dasar, undang-undang atau peraturan berkaitan ukur dan pemetaan;
  • Mengawal selia dan memantau pelaksanaan dasar, undang-undang, peraturan dan keputusan-keputusan kerajaan mengenai ukur dan pemetaan;
  • Membantu YB Menteri dalam melaksanakan kuasa-kuasa dan fungsi di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan ukur dan pemetaan; 
  • Meneliti dan menyelaras tindakan-tindakan susulan ke atas isu-isu berbangkit dan arahan kabinet mengenai ukur dan pemetaan dikalangan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian;
  • Menyelaras isu-isu berkaitan ukur dan pemetaan yang bersifat cross-sectoral yang melibatkan pelbagai agensi dan Kementerian;
  • Mengkaji, mengurus dan menyelaras isu serta hal-ehwal berkaitan persempadanan darat dan maritim antarabangsa di antara Malaysia dan negara jiran;
  • Mengkaji, mengurus dan menyelaras isu serta hal-ehwal berkaitan persempadanan darat dan maritim di antara negeri-negeri di semenanjung Malaysia;
  • Merancang, mengurus setia dan menyelaras pengurusan mesyuarat-mesyuarat persempadanan antarabangsa Malaysia dan antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia;   
  • Merancang dan mengurus setia Jawatankuasa Kebangsaan Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-negeri Di Semenanjung Malaysia (JKPPSBN); dan
  • Menyelaras dan menguruskan perkara berkaitan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (Badan Berkanun Persekutuan) khususnya pembentangan Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Jurukur Tanah untuk dibentangkan di Parlimen.​