Unit Undang-Undang



  • Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti, profesional, bermutu dan bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.​




Unit Undang-Undang bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara di peringkat Kementerian/Jabatan untuk:

  • Memberi nasihat perundangan secara bertulis dan secara lisan bagi perkara yang dirujuk oleh pihak NRECC dan Jabatan di bawah NRECC berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan;
  • Menggubal dan menyemak perundangan utama dan perundangan subsidiari sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan dan kelulusan;
  • Menyemak dan menyediakan ulasan perundangan ke atas Kertas Memorandum Jemaah Menteri dan kertas pertimbangan bagi Majlis-Majlis/ Mesyuarat-Mesyuarat bagi hal-hal yang melibatkan NRECC dan Jabatan di bawah NRECC;
  • Menyemak instrumen dan dokumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, triti, deklarasi, joint communiqué dan sebagainya sebelum dikemukakan kepada AGC untuk semakan lanjut dan kelulusan;
  • Menyemak dan menyediakan ulasan perundangan ke atas Kertas Memorandum Jemaah Menteri dan kertas pertimbangan bagi Majlis-Majlis/ Mesyuarat-Mesyuarat bagi hal-hal yang melibatkan NRECC dan Jabatan di bawah NRECC;
  • Mengambil arahan dan mengendalikan tindakan guaman bagi pihak Kerajaan Malaysia yang mel​ibatkan NRECC dan Jabatan di bawah NRECC;
  • Menyemak kertas siasatan dan mengendalikan tindakan pendakwaan bagi pihak NRECC dan Jabatan di bawah NRECC;
  • Menghadiri mesyuarat, rundingan dan perbincangan berkenaan hal yang melibatkan NRECC sama ada di dalam atau di luar Negara;
  • Melaksanakan kajian undang-undang bagi apa-apa isu perundangan yang dirujuk oleh pihak NRECC atau Jabatan di bawah NRECC; dan
  • Memberikan latihan/ceramah berkaitan dengan undang-undang di bawah NRECC, Jabatan dan Agensi di bawah NRECC atau institusi luar.





​​
​​