Piagam Pelanggan



1) Memberi maklum balas mengenai isu/aduan berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanah milik Persekutuan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh dokumen diterima.

2) Memberi maklum balas keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan lengkap Permit Khas di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

3) Mengeluarkan keputusan permohonan permit eksport mineral dan bahan batuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

4) Menyediakan maklumat geospatial melalui ketersediaan aplikasi carian maklumat geografi sehingga 97.5 peratus.

5) Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari.

6) Memberi maklum balas / ulasan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen / emel berkenaaan pertanyaan, perkara dan isu yang melibatkan alam sekitar.

7) Memberikan maklum balas  dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen / emel berkenaaan pertanyaan, perkara dan isu yang melibatkan  perubahan iklim  dan inisiatif lestari.

8) Mengeluarkan surat arahan Penempatan dan Pertukaran Pegawai dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh pegawai melaporkan diri

9) Memastikan aduan ICT yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 1 hari bekerja dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan peralatan IT dalam tempoh 5 hari bekerja mengikut kompleksiti dari tarikh aduan

10) Memberi nasihat undang-undang/menyemak dokumen perundangan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap manakala bagi isu dan dokumen perundangan yang lebih kompleks, dalam tempoh 1-3 bulan dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap

11) Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan integriti yang diterima

a. Mengemukakan akuan penerimaan kepada pengadu –Tempoh: Satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima.

b. Mengemukakan aduan kepada pihak berkaitan untuk tindakan dalam tempoh: Tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima.

12) Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja.

13) Menyediakan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang memerlukan tindakan segera dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh maklum balas diterima.

14) Menyedia dan mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia sebelum atau pada 31 Januari setiap tahun semasa.