Taman Negara Pulau Pinang


​  

 

Bagaimana Ke Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 390 km dan kira-kira 42 km dari Georgetown, Pulau Pinang. Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang dan menuju ke arah Batu Feringghi seterusnya ke Teluk Bahang. Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri / KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi dan bas yang disediakan.

 

Permit Dan Lesen

Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

 

Penginapan

Pelawat boleh menginap di hotel-hotel di sekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang merupakan kawasan pelancongan yang terkenal. Pelawat juga boleh berkhemah di tapak-tapak perkhemahan di dalam kawasan Taman Negara.  

 

Aktiviti

AKTIVITI
Pusat Interpretasi
  • Pengenalan kepada Taman Negara Pulau Pinang dan keseluruhan ekosistemnya
Perkhemahan
  • Pantai Kerachut dan Teluk Kampi
Pemerhatian Hidupan Liar
  • Spesies yang boleh ditemui adalah seperti Tupai Kerawak, Memerang Licin, Pelanduk, Tenggiling, Ular Sawa dan beberapa spesies burung seperti Helang Siput, Pekaka Belukar, Murai Batu dan Punai Tanah
Merentasi Titian Kanopi
  • Panjang titian kanopi adalah 210 meter dan terletak di Sg Tukun kira-kira 15 minit berjalan kaki dari pintu masuk utama
  • Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

    *Ditutup untuk penyelenggaraan sementara waktu
Aktiviti air
  • Menyusuri pantai dengan menaiki bot.
Berkelah
  • Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi.
Memancing
  • Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi.
Merentis Hutan
  • 2 rentis utama yang bermula dari pintu masuk utama:
    • Rentis ke Pantai Kerachut – anggaran masa 2 jam perjalanan
    • Rentis ke Pantai Teluk kampi -  anggaran masa 3 jam perjalanan
  • Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang didominasikan oleh Famili Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.
Mendaki bukit
  • Pendakian ke puncak Bukit Batu Hitam
  • Sumber air adalah takungan air hujan
  • Kemudahan perkhemahan juga disediakan
Rumah Api Muka Head
  • Mendaki tangga ke Rumah Api untuk menikmati panorama pantai
  • Kedudukan Rumah Api di ketinggian 227 meter dari paras laut
Pusat Konservasi Penyu
  • Melawat Pusat Konservasi Penyu, Pantai Kerachut di bawah pengurusan Jabatan Perikanan
  • Spesies penyu yang terdapat di sini adalah Penyu Agar dan Penyu Lipas
  • Masa lawatan adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Lawatan ke Tasik Meromiktik
  • Tasik yang terletak di Pantai Kerachut ini mempunyai 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut akan berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas.
  • Di dunia hanya terdapat dua tasik yang mengalami fenomena seperti ini iaitu di Pulau Pinang dan Australia.

 

Had Bilangan Pelawat

LOKASI HAD BILANGAN PELAWAT
Pantai Kerachut 80
Teluk Kampi 80
Sungai Tukun 40
Tapak Perkemahan Pertama Bukit Batu Hitam 20

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:


Penguasa

Taman Negara Pulau Pinang

Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang

11050 Pulau Pinang
Tel: 04-881 3530 / 04-881 3500 
Faks: 04-881 2016
E-mel: tnpp[at]wildlife[dot]gov[dot]my​