Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan:
(a) berapakah kes curi elektrik yang dikesan dan didakwa pada tahun terakhir ini di Wilayah Persekutuan Labuan; dan
(b) apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk membendung masalah curi elektrik yang boleh membahayakan penduduk khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.