DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah statistik kes pembalakan haram yang berlaku sepanjang tempoh 2018 hingga 2021 mengikut negeri dan menjelaskan keberkesanan pemeliharaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) melalui sistem Forest Monitoring using Remote Sensing (FMRS).
DR. WAN MARTINA BINTI WAN YUSOFF minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk memberi inisiatif khas kepada negeri-negeri yang menjadi penyumbang utama kepada kelestarian alam sekitar dengan menyimpan hutan atau mewarta hutan simpan.
DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan bagaimanakah Kementerian memastikan ekologi harimau selamat daripada sebarang bentuk ancaman pembalakan dan pencerobohan hutan yang berleluasa kebelakangan ini.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah bentuk dan berapakah jumlah rakyat yang telah mendapat manfaat daripada program Sustainability Achieved Via Eenergy Efficiency (SAVE) 3.0 sepanjang program ini dijalankan.
PUAN LIM HUI YING minta TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan isu pembalakan haram yang semakin berleluasa serta apakah perancangan ataupun strategik yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani kes tersebut.
TAN SRI DATO' SERI MOHD RADZI BIN TAN SRI SHEIKH AHMAD minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah negara kita mempunyai pelan komprehensif tentang penggunaan tenaga solar memandangkan negara kita mempunyai sumber cahaya matahari yang tinggi.
DATUK BOBBEY BIN SUAN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah pemantauan Kementerian terhadap aktiviti pembalakan di kawasan hutan khasnya di kawasan yang digazet sebagai hutan simpanan dan tindakan yang diambil terhadap kes-kes pelanggaran.
DATUK RAZALI BIN IDRIS minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa jumlah pendapatan Kerajaan dari tahun 2015 hingga 2021 hasil dari bayaran permit memasuki hutan simpan kekal sebanyak RM5 seorang di negeri Terengganu.
PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status penambahan perjawatan Pegawai Unit Pengurusan Pusaka Kecil dalam usaha menyelesaikan isu lambakan kes pusaka yang sudah lama tertangguh di negara ini.
DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah pendirian Kementerian berhubung cadangan memasukkan pemeliharaan tanah sawah padi sebagai salah satu elemen yang tergolong dalam Ecological Fiscal Transfer (EFT).
PUAN LIM HUI YING minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa ekor Harimau Malaya di Malaysia pada tahun 2001, 2011 dan tahun 2021.
DATO' HAJI AHMAD BIN YAHAYA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah perkembangan terkini program restorasi kawasan hutan terosot di Jerai Geopark dan menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan dalam program restorasi tersebut.
IR. TS. HAJI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini peratusan keluasan hutan simpan di seluruh negara.
DATUK RAZALI BIN IDRIS minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tumpuan Kerajaan Pusat berhubung zon dibenarkan pembalakan, kaedah pembalakan, penguatkuasaan serta penyelarasan dasar antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
DATUK SERI HAJAH ZURAINAH BINTI MUSA minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan sejauh manakah kerjasama dan langkah koordinasi yang dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri dalam memantau aktiviti pembalakan dan penjualan tanah hutan secara haram di Malaysia. Perkara ini penting demi menjaga dan melestarikan hutan Malaysia.
PUAN LIM HUI YING minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah untuk memastikan Harimau Malaya di Malaysia tidak pupus.