MAKLUMAT BERKAITAN KEMENTERIAN
Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat, sila kemukakan permohonan anda secara rasmi ke:
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Block F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
62000 Putrajaya, Malaysia
Tel : +603 8000 8000 / +603 8091 7000
Email : webmaster[at]nrecc[dot]gov[dot]my /aduan[at]nrecc[dot]gov[dot]my
DATA MYGDI
Perkongsian Data MyGDI - Data asas (fitur fundamental) merupakan data geospatial signifikan yang mematuhi standard dan diperlukan oleh pelbagai pihak bagi menyokong perancangan dan pembangunan sesuatu organisasi.
Polisi Perkongsian Data Geospatial MyGDI - Polisi perkongsian data geospatial melalui MyGDI adalah terhad di kalangan agensi kerajaan sahaja (Government-to-Government-G2G). Namun, agensi swasta dan orang awam masih boleh mendapatkan data tersebut secara terus melalui Agensi Pembekal Data (APD) yang berkenaan.
Garis Panduan Perkongsian dan Penyebaran Maklumat Geospatial Melalui MyGDI - Disediakan bagi menjelaskan keperluan dan penetapan kaedah/prosedur perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial melalui MyGDI
Permohonan Data Melalui MyGDI - Perkongsian data geospatial melalui program MyGDI adalah percuma bagi Agensi Kerajaan dengan Agensi Kerajaan (G2G).
Prosedur Permohonan Data G2G
Permohonan data geospatial di MaCGDI hendaklah dibuat secara rasmi melalui ketua jabatan yang dialamatkan kepada:
Pengarah
Pusat Geospatial Negara (PGN)
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Aras 7 & 8, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana
Presint 4, 62574, Putrajaya
No Telefon: 03-8000 8000/ +603 8886 1156
No Faks : 03-8889 4851
E-mail: pgn.webmaster[at]nrecc[dot]gov[dot]my
Website: https://www.mygeoportal.gov.my
***Penafian - Permohonan sebarang maklumat dan data yang dipohon masih lagi bergantung kepada keputusan Kementerian ini.